Sebak di dadaku mulai hilang sedikit demi sedikt. Aku perlu tabah menerima hakikat ini. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku reda dengan ketentuan Ilahi. Aku terkejut disapa oleh abang Mie.

”Hah! Termenung jauh nampaknya?”. Sapa abang Mie.
”Ohh.. abang Mie rupakan. Terkejut saya. Ingatkan siapa tadi”. Balasku.
”Sabarlah Zahrul. Tabahkan hati dan kuatkan semangat. Abang tahu kamu sedih. Abang juga sedih. Tapi kamu harus ingat Zahrul, yang telah pergi tidak akan kembali lagi. Kita yang masih hidup ini harus teruskan sisa-sisa baki kehidupan yang ada”. Jelas abang Mie.
”Saya tahu abang Mie. Tapi, selepas windu saya tunggukan saat ini untuk bertemu dengan Cikgu Aina. Nasib masih belum menyebelahi saya. Saya tidak sempat nak berjumpa dengan Cikgu Aina”. Jawabku.
”Abang tahu, kamu dan emak abang sangat rapat. Bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan aur dengan tebing. Tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Sebelum abang terlupa, kamu ambil surat ini. Emak abang tahu yang kamu akan datang mencari dia. Jadi emak abang tinggalkan surat ini untuk kamu. Mungkin surat ini dapat mengubat sedikit sebanyak kerinduan kamu terhadap emak abang”. Balas abang Mie.
”Terima kasih abang Mie”. Jawabku.
”Sama-sama Zahrul”. Balas abang Mie.
”Abang Mie, saya rasa saya minta diri dulu. Saya sebenarnya ada urusan lain pulak lepas ini. Lain kali saya datang lagi. Sampaikan salam saya pada keluarga abang yang lain. Saya pergi dulu. Assalam’ulaikum..”. Balasku kembali.
”Baiklah Zahrul. Abang ucapkan semoga kamu berjaya. Wa’alaiukumsalam”. Jawab abang Mie.

Aku terus pergi membawa diri yang lara. Kesedihan masih terasa. Setelah beredar dari rumah Cikgu Aina sebak di dadaku mulai menjelma kembali. ”Cikgu!”. Aku menjerit sekuat hati. Aku terus menjerit dan menangis. Aku sudah tidak memperdulikan orang yang berada di sekelilingku. ”Apa aku peduli”. Bisik hatiku. Itulah ungkapan yang inginku katakan. Sekian lama aku menjerit dan menangis akhirnya aku berasa lega. Aku kembali tenang semula. Aku sudah mula dapat menerima hakikat pemergian Cikgu Aina dengan reda. Aku berdoa agar rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Kembalinya aku di rumah, aku terus membuka surat pemberian Cikgu Aina lalu ku baca isi kandungan isu tersebut.

Assalam’ualaikum Zahrul...

Saya harap kamu berada dalam keadaan sihat. Maafkan saya Zahrul. Dulu saya pergi tanpa memberitahu kepada kamu. Saya tahu kamu sangat nestapa dengan pemergian saya dahulu. Saya tidak sempat hendak memaklumkan kepada kamu yang saya ditukarkan untuk mengajar di Kuala Lumpur. Saya harap kamu mengerti dan tidak marah pada saya kerana pergi tanpa bertemu kamu. Disini saya ucapkan tahniah kepada kamu. Rasanya kini kamu telah berjaya dalam pelajaran dan kehidupan kamu.

Kamu sekarang mungkin telah bergelar seorang doktor. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kamu. Saya tidak berkesempatan untuk melihat kejayaan kamu tapi doa saya sentiasa bersama kamu. Mungkin tika kamu membaca warkah ini, saya telah pergi meninggalkan dunia ini. Saya ingin memohon maaf kepada kamu andai kata sepanjang saya mengenali kamu saya ada membuat kesalahan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Maafkan saya Zahrul. Ilmu yang saya berikan kepada kamu dahulu telah saya halalkan dan saya doakan kejayaan kamu. Teruskanlah usahamu dan jangan sesekali kamu mengalah dalam berjuang. Saya pasti suatu hari nanti anak didik saya ini akan berjaya dan membuatkan keluarga kamu bangga terhadap kamu.

Zahrul, ingatlah pesan saya ini. Usaha itu tangga kejayaan. Jadi kamu perlu berusaha bersunguh-sungguh demi mencapai kejayaan tersebut. Jangan mudah mengalah kerana saya tahu anak didik saya bukanlah seorang yang pantang menyerah kalah. Tuntutlah ilmu itu sehingga ke negara China. Tuntutlah ilmu itu dari buayan sehingga ke liang lahat. Ilmu itu amat penting pada masa sekarang dan lebih lagi pada masa akan datang. Ilmu itu adalah pelita hidup, tanpa ilmu kamu akan berada dalam kegelapan. Ingatlah Zahrul, ilmu itu tidak akan datang bergolek. Kamu sendiri harus mencarinya. Banyakkanlah berdoa, berzikir dan bertawakal kepadaNya. Kamu jangan sesekali meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama. Jadilah seorang Islam yang terbaik. Insya’Allah kamu akan berjaya di dunia dan akhirat.

Zahrul, ingatlah kata-kata saya ini. Kamu jadilah insan yang berilmu dan beramal. Jadilah insan yang jujur, berani, bertimbang rasa, beradab, ringan tulang, rajin, bertaqwa dan yang lebih penting jadilah insan yang sebaiknya. Hanya kamu yang mampu menentukan apa yang ingin kamu jadi. Gantunglah cita-cita kamu setinggi gunung dan kerjalah impian kamu itu. Capailah matlamat hidup kamu Zahrul. Saya yakin kamu mampu lakukan semua itu. Kamu harus yakin pada diri kamu dan jangan sesekali kamu putus asa. Kegagalan bukan bererti noktah terakhir. Berlajarlah daripada kegagalan dan kamu akan temui kejayaan tersebut.

Zahrul, ilmu adalah eset yang paling bernilai. Jagalah eset itu sebaiknya dan gunakan eset yang ada pada kamu untuk membantu masyarakat. Jangan sesekali kamu takbur dengan eset yang ada pada kamu itu. Zahrul, saya bangga dengan kamu dan kamu jangan hampakan saya. Tika kamu membaca warkah ini saya telah tiada lagi di dunia ini. Saya hanya menunggu masa untuk pergi. Saya menghidap penyakit barah otak tahap kritikal. Tiada ubat untuk penyakit saya ini dan tiada siapa pun yang tahu akan penyakit saya ini walaupun keluarga saya sendiri.

Zahrul, saya ucapkan semoga kamu berjaya. Saya tidak tahu nak berikan kamu apa tapi saya harap agar pemberian saya ini dapat mengubati kerinduan kamu terhadap saya. Terimalah sekeping gambar saya ini dan kamu simpanlah gambar ini baik-baik. Kamu jadilah manusia yang baik. Ingat pesanan saya baik-baik. Semoga kamu bertemu jodoh yang solehah.

Yang benar,
Cikgu Aina

21 Julai 1987

----bersambung----

0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2010 Worldilusi1505
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger