Aku duduk seketika di bangku. Ku capai album lama yang terletak di atas meja lalu ku lihat satu persatu gambar yang terkandung dalam album tersebut. Ku tatap setiap gambar tersebut dengan penuh penghayatan. Tanpaku sedari air mata mengalir perlahan membasahi pipiku. Lantas, ku capai tuala kecil yang terdapat di tingkap, lalu ku kesatkan linangan air mata yang mengalir. Ku kembali menatap setiap kepingan gambar yang terdapat dalam album tersebut dan tiba-tiba mataku terpaku tepat pada sekeping gambar. Sekeping gambar yang membuatkan ku kembali terkenang kisah silam. Tanpa ku duga bibirku menyebut nama seseorang. Cikgu Nur Aisyah Aina! Dialah guruku dan kerana dialah aku mampu berjaya sekarang. Tapi apakan dayaku. Dia sudah tiada lagi. Dia pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya.
Ku ambil potret tersebut lalu ku tatap sepuasnya. Sekali lagi tanpa ku sedari air mataku kembali menitis. Menitis dan terus menitis sehingga tidak mampu untuk aku sekat pengalirannya. Perasaan sebak dan sayang kembali menjelma dalam fikiran ku. Tuala kecil yang gunakan untuk mengesatkan air mata sebentar tadi aku ambil semula dan aku kesatkan pada mataku. Aku tidak mampu menahan sebak di dada. Insan yang amat bermakna dalam hidupku dan seorang cikgu yang aku sayangi sudah tiada. ”Cikgu, kenapa cikgu pergi meninggalkan saya. Cikgu pergi tanpa melihat kejayaan saya.” Itulah ungkapan yang terkeluar dari mulutku. Bagiku semua itu tidak ada maknanya. Cikgu yang kukasihi sudah tiada. Walau sekuat mana rintihan ku, cikgu tidak akan dapat mendengarnya. Hatiku bagaikan dihempap oleh sesuatu yang berat. Terasa sakit yang amat sangat.
Kisah silam mula menerjah ruang mindaku seakan-akan mengarahkanku untuk kembali mengenang kisah hidupku. Kisah pahit manis hidupku bersama insan yang bernama Cikgu Nur Aisyah Aina. Tiba-tiba, khayalan ku terhenti seketika. Fikiranku kembali ke alam nyata. Aku tersenyum seorang diri mengenangkan kenangan silamku yang tidak untukku imbas kembali kisahnya. Pantas aku bangun dan berjalan menuju ke kamar mandi. Ku lakukan rutin harianku seperti biasa. Sama seperti semalam dan hari-hari yang lalu. Selesai melakukan rutin di kamar mandi, aku bergerak menuju ke kamar peraduanku.
Tatkala tiba di kamar, aku lihat jam di dinding. Ku tersenyum. “Emm.. Baru jam 7.15 pagi. Masih awal lagi”. Ku capai pakaian yang telah siap sedia di dalam almari lalu ku sarungkan ditubuhku. Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Lantas aku bergegas mendapatkan telefon bimbitku dan menjawab panggilan tersebut.
“Hello. Assalama’ualaikum.. Siapa di sana?”. Soalku.
“Wa’alaikumsalam.. Doktor, saya Lisa”. Jawab Lisa.
“Owh! Awak Lisa. Ada apa awak telefon saya?”. Soalku kepada Lisa.
“Doktor di minta datang ke hospital sekarang”. Balas Lisa.
“Sekarang! Ada hal kecemasan ke?”. Soalku kembali.
”Begini doktor. Mesyuarat Pengarah-Pengarah Jabatan dengan Ketua Pengarah Hospital yang sepatutnya diadakan pada jam 2.00 petang nanti telah diawalkan pada jam 8.00 pagi atas arahan Ketua Pengarah. Jadi doktor perlu hadir ke mesyuarat tersebut”. Terang Lisa.
“Baiklah Lisa. Dalam masa setengah jam lagi saya sampai. Awak sediakan segala dokumen saya. Sampai nanti saya ambil dari awak”. Balasku.
“Baiklah doktor. Saya akan siapkan semuanya”. Balas Liza.
-----bersambung-----
(Maaf jika terdapat kesalahan ejaan dan sebagainya.. Cerpen ini telah berusia hampir 9 tahun)

0 ulasan:
Catat Ulasan