Sebak di dadaku mulai hilang sedikit demi sedikt. Aku perlu tabah menerima hakikat ini. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku reda dengan ketentuan Ilahi. Aku terkejut disapa oleh abang Mie.
”Hah! Termenung jauh nampaknya?”. Sapa abang Mie.
”Ohh.. abang Mie rupakan. Terkejut saya. Ingatkan siapa tadi”. Balasku.
”Sabarlah Zahrul. Tabahkan hati dan kuatkan semangat. Abang tahu kamu sedih. Abang juga sedih. Tapi kamu harus ingat Zahrul, yang telah pergi tidak akan kembali lagi. Kita yang masih hidup ini harus teruskan sisa-sisa baki kehidupan yang ada”. Jelas abang Mie.
”Saya tahu abang Mie. Tapi, selepas windu saya tunggukan saat ini untuk bertemu dengan Cikgu Aina. Nasib masih belum menyebelahi saya. Saya tidak sempat nak berjumpa dengan Cikgu Aina”. Jawabku.
”Abang tahu, kamu dan emak abang sangat rapat. Bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan aur dengan tebing. Tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Sebelum abang terlupa, kamu ambil surat ini. Emak abang tahu yang kamu akan datang mencari dia. Jadi emak abang tinggalkan surat ini untuk kamu. Mungkin surat ini dapat mengubat sedikit sebanyak kerinduan kamu terhadap emak abang”. Balas abang Mie.
”Terima kasih abang Mie”. Jawabku.
”Sama-sama Zahrul”. Balas abang Mie.
”Abang Mie, saya rasa saya minta diri dulu. Saya sebenarnya ada urusan lain pulak lepas ini. Lain kali saya datang lagi. Sampaikan salam saya pada keluarga abang yang lain. Saya pergi dulu. Assalam’ulaikum..”. Balasku kembali.
”Baiklah Zahrul. Abang ucapkan semoga kamu berjaya. Wa’alaiukumsalam”. Jawab abang Mie.
Aku terus pergi membawa diri yang lara. Kesedihan masih terasa. Setelah beredar dari rumah Cikgu Aina sebak di dadaku mulai menjelma kembali. ”Cikgu!”. Aku menjerit sekuat hati. Aku terus menjerit dan menangis. Aku sudah tidak memperdulikan orang yang berada di sekelilingku. ”Apa aku peduli”. Bisik hatiku. Itulah ungkapan yang inginku katakan. Sekian lama aku menjerit dan menangis akhirnya aku berasa lega. Aku kembali tenang semula. Aku sudah mula dapat menerima hakikat pemergian Cikgu Aina dengan reda. Aku berdoa agar rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
Kembalinya aku di rumah, aku terus membuka surat pemberian Cikgu Aina lalu ku baca isi kandungan isu tersebut.
Assalam’ualaikum Zahrul...
Saya harap kamu berada dalam keadaan sihat. Maafkan saya Zahrul. Dulu saya pergi tanpa memberitahu kepada kamu. Saya tahu kamu sangat nestapa dengan pemergian saya dahulu. Saya tidak sempat hendak memaklumkan kepada kamu yang saya ditukarkan untuk mengajar di Kuala Lumpur. Saya harap kamu mengerti dan tidak marah pada saya kerana pergi tanpa bertemu kamu. Disini saya ucapkan tahniah kepada kamu. Rasanya kini kamu telah berjaya dalam pelajaran dan kehidupan kamu.
Kamu sekarang mungkin telah bergelar seorang doktor. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kamu. Saya tidak berkesempatan untuk melihat kejayaan kamu tapi doa saya sentiasa bersama kamu. Mungkin tika kamu membaca warkah ini, saya telah pergi meninggalkan dunia ini. Saya ingin memohon maaf kepada kamu andai kata sepanjang saya mengenali kamu saya ada membuat kesalahan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Maafkan saya Zahrul. Ilmu yang saya berikan kepada kamu dahulu telah saya halalkan dan saya doakan kejayaan kamu. Teruskanlah usahamu dan jangan sesekali kamu mengalah dalam berjuang. Saya pasti suatu hari nanti anak didik saya ini akan berjaya dan membuatkan keluarga kamu bangga terhadap kamu.
Zahrul, ingatlah pesan saya ini. Usaha itu tangga kejayaan. Jadi kamu perlu berusaha bersunguh-sungguh demi mencapai kejayaan tersebut. Jangan mudah mengalah kerana saya tahu anak didik saya bukanlah seorang yang pantang menyerah kalah. Tuntutlah ilmu itu sehingga ke negara China. Tuntutlah ilmu itu dari buayan sehingga ke liang lahat. Ilmu itu amat penting pada masa sekarang dan lebih lagi pada masa akan datang. Ilmu itu adalah pelita hidup, tanpa ilmu kamu akan berada dalam kegelapan. Ingatlah Zahrul, ilmu itu tidak akan datang bergolek. Kamu sendiri harus mencarinya. Banyakkanlah berdoa, berzikir dan bertawakal kepadaNya. Kamu jangan sesekali meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama. Jadilah seorang Islam yang terbaik. Insya’Allah kamu akan berjaya di dunia dan akhirat.
Zahrul, ingatlah kata-kata saya ini. Kamu jadilah insan yang berilmu dan beramal. Jadilah insan yang jujur, berani, bertimbang rasa, beradab, ringan tulang, rajin, bertaqwa dan yang lebih penting jadilah insan yang sebaiknya. Hanya kamu yang mampu menentukan apa yang ingin kamu jadi. Gantunglah cita-cita kamu setinggi gunung dan kerjalah impian kamu itu. Capailah matlamat hidup kamu Zahrul. Saya yakin kamu mampu lakukan semua itu. Kamu harus yakin pada diri kamu dan jangan sesekali kamu putus asa. Kegagalan bukan bererti noktah terakhir. Berlajarlah daripada kegagalan dan kamu akan temui kejayaan tersebut.
Zahrul, ilmu adalah eset yang paling bernilai. Jagalah eset itu sebaiknya dan gunakan eset yang ada pada kamu untuk membantu masyarakat. Jangan sesekali kamu takbur dengan eset yang ada pada kamu itu. Zahrul, saya bangga dengan kamu dan kamu jangan hampakan saya. Tika kamu membaca warkah ini saya telah tiada lagi di dunia ini. Saya hanya menunggu masa untuk pergi. Saya menghidap penyakit barah otak tahap kritikal. Tiada ubat untuk penyakit saya ini dan tiada siapa pun yang tahu akan penyakit saya ini walaupun keluarga saya sendiri.
Zahrul, saya ucapkan semoga kamu berjaya. Saya tidak tahu nak berikan kamu apa tapi saya harap agar pemberian saya ini dapat mengubati kerinduan kamu terhadap saya. Terimalah sekeping gambar saya ini dan kamu simpanlah gambar ini baik-baik. Kamu jadilah manusia yang baik. Ingat pesanan saya baik-baik. Semoga kamu bertemu jodoh yang solehah.
Yang benar,
Cikgu Aina
21 Julai 1987
----bersambung----
Setelah mereka selesai memukul aku, mereka bergerak meninggalkan aku keseorangan terlantar kesakitan. Aku cuba untuk bangun tetapi kudratku tidak berdaya lalu membuatkan aku rebah semula ke tanah. Aku terus berusaha untuk bangun dan akhirnya dengan menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada maka dapatlah aku bangun. Lalu aku berjalan mendapatkan bantuan. Dalam keadaan kesakitan dan tidak bermaya, langkahku atur dengan perlahan. Aku melangkah dan terus melangkah. Setiap tapak ku rasakan keperitan yang teramat sangat. Bilaku membukakan mata, ku telah berada di hospital. Aku tidak sedarkan diri hampir 6 jam. Aku dimaklumkan bahawa aku dijumpai pengsan di tepi jalan. Cikgu Aina yang menjumpaiku dan membawaku ke hospital.
”Apa yang telah aku lakukan ini”. Bisik hati naluriku.
Telah banyak aku sakiti hati Cikgu Aina tetapi cikgu tetap berbuat baik terhadap aku. Aku menyesal atas segala perbuatan dan kelakuan aku selama ini terhadap Cikgu Aina. Timbul persoalan dimindaku mengapa Cikgu Aina begitu baik terhadapku. Sanggup membantu diriku yang sebelum ini telah acap kali melakukan dosa terhadap dirinya. Ini semua tidak mungkin”. Hatiku berbicara.
Aku telah melakukan satu ralat yang cukup besar. Ralat yang tidak dapat aku terima mahupun maafkan. Semua itu adalah atas kelalaian aku dan keegoaan diriku. Aku benar-benar mengesal atas semua yang aku lakukan sebelum ini. Masihkah ada ruang untuk aku diterima semula. Itulah persoalan yang bermain dalam kotak fikiranku. Aku beraksam, aku akan berubah. Aku tidak mahu lagi melakukan sebarang ralat lagi. Cukuplah dengan apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku ingin berubah dan memilih jalan yang benar. Itu iktizamku dan itulah cabaran yang harusku tempuh.
Malam itu, Cikgu Aina datang menziarahiku. Aku begitu terharu dengan kehadiran Cikgu Aina sehinggakan aku menitiskan air mata tanpaku sedari.
”Assalam’ualaikum Zahrul”. Cikgu Aina memberi salam kepadaku.
”Wa’alaikumsalam cikgu”. Jawabku.
”Zahrul, bagaimana dengan keadaan kamu sekarang? Dah beransur sihat?”. Soal Cikgu Aina.
“Alhamdulillah cikgu. Saya rasa semakin sihat cuma badan masih terasa kesakitan”. Balasku.
“Zahrul, macam mana boleh jadi begini? Saya rasa baik kamu beritahu saya perkara yang berlaku sebenarnya. Mana tahu saya boleh membantu kamu”. Soal Cikgu Aina.
“Terlebih dulu saya nak mohon maaf kepada cikgu. Semua ini terjadi sebab saya tidak dengar nasihat cikgu. Ini mungkin balasan kepada saya atas segala perbuatan saya selama ini. Saya betul-betul menyesal cikgu”. Jelasku.
“Sudahlah Zahrul, apa yang berlaku telah berlaku. Ambil yang jernih dan buangkan yang keruh. Kamu jadikan semua ini satu pengajaran kepada kamu. Lain kali kamu kena lebih beringat dan berhati-hati”. Balas Cikgu Aina.
”Terima kasih cikgu. Saya akan ingat pesanan cikgu itu”. Jawabku.
”Baiklah Zahrul, saya rasa elok kamu ceritakan kepada saya perkara yang menimpa kamu itu”. Soal Cikgu Aina kembali.
”Saya akan ceritakan kepada cikgu. Sebenarnya begini.............................. Itulah cerita yang sebenarnya cikgu”. Jelasku.
”Begitu ceritanya. Zahrul, saya berasa bangga dengan kamu. Kamu masih tahu membezakan perkara baik dengan buruk”. Balas Cikgu Aina.
“Terima kasih cikgu. Jadi, sekarang cikgu rasa apa yang sepatutnya saya lakukan?”. Soalku kembali lepada Cikgu Aina.
“Saya rasa perkara tersebut perlu dilapokan lepada pihak polis dengan segera. Kamu jangan bimbang. Saya akan membuat laporan tersebut bagi pihak kamu. Kamu rehatlah dulu. Saya minta diri dulu. Esok saya datang semula bersama-sama orang tua kamu”. Jelas Cikgu Aina.
”Baiklah cikgu. Terima kasih banyak-banyak cikgu”. Balasku.
”Sama-sama”. Jawab Cikgu Aina lalu bergerak keluar dari wad sakit.
-----bersambung-----
Selepas peristiwa itu, aku tidak lagi bertemu dengan Cikgu Aina. Kata-kata Cikgu Aina tempoh hari benar membuatkan aku berasa marah. ”Cikgu Aina ingat aku masih budak kecil. Aku sudah besar dan sudah remaja”. Luahan hatiku. Sejak peristiwa tersebut, aku tidak lagi berbicara sepatah kata dengan Cikgu Aina. Aku buat endah tak endah dengan Cikgu Aina. Aku tahu perbuatan aku tersebut adalah salah tetapi hatiku berasa puas dan gembira. Walaupun aku berkelakuan tidak mengendahkan Cikgu Aina tetapi tidak sedikit pun membuatkan Cikgu Aina mengalah dalam menasihatkanku. Aku tetap bergaul dengan saki-sakiku. Walaupun telah sering kali aku dan saki-sakiku di tahan oleh pihak sekolah tetapi semua itu tidak sesekali membuatkan kami serik melakukan perbuatan yang sama.
Pada satu hari, aku dan saki-sakiku telah dipanggil oleh Malek kerana ingin membincangkan sesuatu pekara penting. Seperti dijanji, kami berkumpul di belakang pondok usang di hujung kampung pada jam 5.00 petang.
“Malek, ada hal apa yang engkau nak bincangkan dengan kami semua?” Tanyaku.
“A’ah la. Betul apa yang Zahrul katakan. Apa hal sebenarnya Malek?”. Soal Isa.
“Sabarlah. Aku memang ada hal penting yang mahu diberitahu kepada kamu semua.” Jawab Malek.
“Hal penting apanya? Beritahulah kami”. Soalku.
“Baiklah. Dengar sini baik-baik. Aku ada satu projek baik untuk kita semua”. Jawab Malek.
”Projek apanya Malek?” Jawabku.
”Projeknya begini.....................”. Terang Malek kepada semua saki-sakinya.
”Engkau dah gila ke Malek?”. Tanyaku dalam nada terkejut.
”Gila apanya pulak?”. Balas Malek.
”Kerja ni bahaya la Malek. Aku tak sanggup la. Nanti kalau kena tangkap polis macam mana?. Aku tak mahu masuk lokap”. Soalku kembali. ”Apahal pulak dengan engkau ni Zahrul? Perkara kecil macam ni pun engkau dah takut. Mana perginya semangat jantan kau?. Kau simpan dekat rumah ke?”. Jawap Malek kembali.
”Apa yang kau kata tadi Malek! Aku tak mahu terlibat dengan projek korang. Aku tak berani dan aku rasa ini semua kerja gila”. Balasku.
”Apa yang berlaku, kau kena turut serta dengan kami semua. Kau dah tahu rancangan aku. Kau tak boleh nak mengelak”. Tegas Malek.
”Aku kata aku tak nak terlibat dengan projek gila korang. Apa nak jadi, jadilah. Aku tetap dengan pendirian aku. Aku tak nak masuk campur dengan projek korang”. Jelasku dengan nada yang agak keras.
”Apa kau kata tadi Zahrul? Kau jangan nak main-main. Aku cukup pantang ada orang yang membelot dengan aku”. Jelas Malek.
“Betul kata Malek tu. Kau dah tahu rancangan kami jadi kau tak boleh nak lepas tangan begitu sahaja”. Syafiq pula berkata.
“Kau orang semua jangan nak mengugut aku. Aku tak takut dengan ugutan korang semua. Apa yang aku tahu, aku tak nak terlibat faham!”. Tegasku.
”Zahrul, kau memang cari nahas. Kawan-kawan, apa tunggu lagi. Ajar mamat sekor ni cukup-cukup!”. Balas Malek dengan suara yang tinggi.
X X X X X X X X
“Ingat Zahrul. Ini baru sikit. Jangan kau cuba pecahkan rahsia kami. Kalau tidak nahas kau. Tahulah apa yang kami akan lakukan nanti. Faham! Ingat baik-baik”. Malek berkata dengan angkuhnya.
----bersambung----
Pada suatu ketika yakni beberapa bulan setelah aku mengenali Cikgu Aina, aku telah didatangi oleh seorang pelajar. Malek namanya. Dia merupakan senior di sekolahku. Kedatangan Malek membuatkan aku merasakan bagai ada sinar cahaya bakal menjelma dalam hidupku. Malek menyatakan bahawa dia dan beberapa orang sahabatnya ingin bersaki denganku. Hal tersebut membuatkan aku terkesima sementara. Bagaikan tidak percaya akan kata-kata Malek pada waktu itu. ”Ada juga pelajar di sekolah ini yang mahu bersaki denganku”. Hatiku berkata. Maka bermula detik itu, aku telah bersaki dengan Malek dan sahabat-sahabatnya yang lain. Daud, Isa, Ghani, Syafiq dan Malek merupakan saki-sakiku sekarang.
Setelah bersaki dengan Malek dan kawan-kawan, perangai dan tingkahlaku aku kian berubah. Aku sudah mula berkelakuan durjana dan sering melakukan ralat. Ralat apa yang tidak pernah aku lakukan masa sekolah dahulu. Merokok, berjudi, ponteng kelas, ponteng sekolah, bergaduh, mengusik pelajar perempuan, memeras ugut dan macam-macam lagi ralat yang aku lakukan. Walaupun semua itu salah tetapi bagi aku, melakukan ralat tersebut memberikan aku kepuasaan yang tidak terhingga. Kepuasan yang tidak tergambar diminda. Itulah aku.
Perubahan sikap dan tingkahlaku aku telah dihidu oleh Cikgu Aina. Apabila mengetahui perubahan yang berlaku pada diriku, Cikgu Aina datang menemuiku.
”Zahrul, kenapa dengan kamu sekarang ini? Saya dengar kamu bergaul dengan Malek dengan kawan-kawannya. Bukan itu saja, saya lihat sikap kamu juga turut berubah. Kamu bukan seperti Zahrul yang saya kenal pertama kali dahulu”. Soal Cikgu Aina.
”Berubah! Saya yang berubah? Saya tetap seperti dulu juga cikgu. Mungkin cikgu salah dengar dan lihat”. Balasku mudah.
“Saya salah dengar dan lihat? Tidak mungkin Zahrul. Sekarang saya lihat kamu tidak lagi bercakap sadik. Lebih baik kamu beritahu kepada saya kenapa kamu boleh berubah menjadi begini Zahrul?. Kalau kamu ada masalah, kamu boleh ceritakan kepada saya. Mana tahu saya boleh bantu menyelesaikan masalah kamu itu”. Soal Cikgu Aina kepadaku.
“Saya bercakap sadik? Cikgu jangan menuduh saya yang bukan-bukan. Saya tahulah apa yang saya lakukan”. Balasku dengan nada yang akan keras.
“Zahrul, saya tahu sekarang kamu bergaul dengan Malek dan kawan-kawannya. Bukan kamu tidak tahu yang mereka itu pelajar yang berkelakuan durjana. Tidak bagus kamu bergaul dengan mereka. Nanti mendatangkan masalah kepada kamu”. Terang Cikgu Aina dalam nada yang lembut.
“Cikgu jangan sesekali menuduh saki saya durjana. Saki saya mana ada yang durjana. Cikgu jangan buat saya marah!”. Jawabku dengan suara yang kuat.
”Zahrul, saya cuma mahu menasihatkan kamu sahaja. Saya tidak mahu kamu terjebak dengan mereka. Nanti kamu juga yang akan menyesal tidak sudah”. Nasihat Cikgu Aina kepadaku.
”Cikgu tidak perlu menasihati saya mahupun ambil tahu soal saya. Saya jaga diri saya, cikgu jaga diri cikgu!. Jangan nak masuk campur urusan orang lain”.
”Saya bukan nak masuk campur hal kamu tapi jika saya lihat kamu melakukan sesuatu yang pada pengamatan saya merupakan satu kesalahan, saya perlu tegur dan nasihatkan kamu. Saya tidak mahu kamu terjebak lebih jauh lagi”. Dengan nada lembut Cikgu Aina menjawab.
”Sudahlah cikgu. Saya pergi dulu. Saya ingatkan agar cikgu jangan sesekali masuk campur hal saya. Apa yang saya lakukan adalah hak saya, bukan hak cikgu!”. Balasku dengan nada yang kasar dan tinggi.
------bersambung------
Itulah aku. Aku sentiasa sibuk dengan kerjayaku. Masa yang ada harusku peruntukan dengan sebaiknya. Bagiku panggilan mesyuarat tergempar, mesyuarat di awalkan, mesyuarat ditunda mahupun panggilan kecemasan adalah perkara biasa. Aku sudah lali dengan semua itu. Ini pekerjaanku jadi walau apapun yang berlaku, aku harus terima. Walaupun sibuk dengan kerja tetapi aku tidak pernah mengeluh mahupun berasa tertekan. Ini adalah pilihku dan aku harus hadapinya. Kesibukan membuatkan aku dapat melupakan perasaan sedihku.
Setelah selesai bersiap ku capai kunci kereta lalu ku pandu menuju ke tempat kerjaku. Dalam perjalanan ku lihat jam di tanganku. “Baru jam 7.35 pagi. Sempatlah aku sampai sebelum jam 8.00 pagi”. Suara hatiku berkata. Tanpaku duga, fikiranku mula mengenang kembali Cikgu Nur Aisyah Aina. Aku rasakan fikiranku kini telah sepenuh melayang mengingati hikayat dahulu. Hikayat yang cukup memberi seribu makna dalam hidupku. Mengingati kembali kenanganku di zaman persekolahan. Zaman di mana aku mengenali Cikgu Nur Aisyah Aina. Zaman yang ku rasakan telah menyedarkanku. Menyedarkanku daripada lamunan. Lamunan yang mampu menghancurkan diriku malahan menjejaskan masa depanku. Jika lamunan itu tidak dihentikan, aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada diriku sekarang. Terima kasih aku ucapkan kepada Cikgu Nur Aisyah Aina kerana menyedarkan aku daripada terus terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Akhirnya, aku sedar akan kesilapanku. Pada waktu itulah aku mengenali diriku yang sebenarnya.
Dahulu aku bukanlah hukama. Aku seorang pelajar yang ahmak. Aku hanya anak seorang nelayan. Anak sulung daripada lapan orang adik-beradik. Kehidupan keluargaku susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaupun keluargaku susah tetapi tidak sedikit pun aku rasakan kesusahan itu mampu menghalangku untuk terus belajar. Aku mempunyai cita-cita yang cukup besar. Cita-cita yang harus ku kejar ajar aku dapat mengubah nasib keluargaku. Selama ini aku dan keluarga dapat meneruskan kehidupan adalah atas bantuan ehsan jiran-jiran. Tahun 1980 merupakan tahun yang bersejarah bagiku. Tahun itulah aku memasuki alam sekolah menengah. Kegembiraan yang tidak terhingga tergambar di raut wajahku. Aku bersyukur kerana aku berpeluang menyambung pelajaranku. Seterusnya mencapai cita-cita dan impianku.
Pada hari pertama di sekolah menengah, aku tidak mempunyai saki. ”Siapalah yang mahu berkawan denganku. Aku hanya anak nelayan. Miskin pula tu.” Hatiku bermadah penuh makna mengenangkan nasibku di hari pertama. Aku hadir ke sekolah tanpa membawa wang saku kerana aku tahu keluargaku tidak mampu menyediakan wang pembelanjaan persekolahanku. Aku reda dengan keadaan tersebut. Bagiku, aku akan tetap sabar menghadapi segala dugaan ini. Aku yakin akan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Setelah lebih kurang sebulan menempuh alam persekolahan, aku masih tidak mempunyai saki walaupun seorang. Walaupun kelihatan amat nestapa tetapi aku tetap tabah dan menerima semua itu dengan perasaan yang tenang dan tabah. Sekian lama menanti, akhirnya muncullah Cikgu Nur Aisyah Aina dalam kehidupanku. Cikgu Nur Aisyah Aina ku panggil Cikgu Aina telah sudi menjadi sakiku dan mengambil berat terhadap diriku. Aku berasa terharu dan timbul tanda tanya dalam hatiku. ”Mengapa Cikgu Aina baik sangat denganku? Mengapa Cikgu Aina mengambil berat ke atas diriku?”. Persoalan tersebut terus bermain dalam ruang mindaku.
------bersambung------
Aku duduk seketika di bangku. Ku capai album lama yang terletak di atas meja lalu ku lihat satu persatu gambar yang terkandung dalam album tersebut. Ku tatap setiap gambar tersebut dengan penuh penghayatan. Tanpaku sedari air mata mengalir perlahan membasahi pipiku. Lantas, ku capai tuala kecil yang terdapat di tingkap, lalu ku kesatkan linangan air mata yang mengalir. Ku kembali menatap setiap kepingan gambar yang terdapat dalam album tersebut dan tiba-tiba mataku terpaku tepat pada sekeping gambar. Sekeping gambar yang membuatkan ku kembali terkenang kisah silam. Tanpa ku duga bibirku menyebut nama seseorang. Cikgu Nur Aisyah Aina! Dialah guruku dan kerana dialah aku mampu berjaya sekarang. Tapi apakan dayaku. Dia sudah tiada lagi. Dia pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya.
Ku ambil potret tersebut lalu ku tatap sepuasnya. Sekali lagi tanpa ku sedari air mataku kembali menitis. Menitis dan terus menitis sehingga tidak mampu untuk aku sekat pengalirannya. Perasaan sebak dan sayang kembali menjelma dalam fikiran ku. Tuala kecil yang gunakan untuk mengesatkan air mata sebentar tadi aku ambil semula dan aku kesatkan pada mataku. Aku tidak mampu menahan sebak di dada. Insan yang amat bermakna dalam hidupku dan seorang cikgu yang aku sayangi sudah tiada. ”Cikgu, kenapa cikgu pergi meninggalkan saya. Cikgu pergi tanpa melihat kejayaan saya.” Itulah ungkapan yang terkeluar dari mulutku. Bagiku semua itu tidak ada maknanya. Cikgu yang kukasihi sudah tiada. Walau sekuat mana rintihan ku, cikgu tidak akan dapat mendengarnya. Hatiku bagaikan dihempap oleh sesuatu yang berat. Terasa sakit yang amat sangat.
Kisah silam mula menerjah ruang mindaku seakan-akan mengarahkanku untuk kembali mengenang kisah hidupku. Kisah pahit manis hidupku bersama insan yang bernama Cikgu Nur Aisyah Aina. Tiba-tiba, khayalan ku terhenti seketika. Fikiranku kembali ke alam nyata. Aku tersenyum seorang diri mengenangkan kenangan silamku yang tidak untukku imbas kembali kisahnya. Pantas aku bangun dan berjalan menuju ke kamar mandi. Ku lakukan rutin harianku seperti biasa. Sama seperti semalam dan hari-hari yang lalu. Selesai melakukan rutin di kamar mandi, aku bergerak menuju ke kamar peraduanku.
Tatkala tiba di kamar, aku lihat jam di dinding. Ku tersenyum. “Emm.. Baru jam 7.15 pagi. Masih awal lagi”. Ku capai pakaian yang telah siap sedia di dalam almari lalu ku sarungkan ditubuhku. Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Lantas aku bergegas mendapatkan telefon bimbitku dan menjawab panggilan tersebut.
“Hello. Assalama’ualaikum.. Siapa di sana?”. Soalku.
“Wa’alaikumsalam.. Doktor, saya Lisa”. Jawab Lisa.
“Owh! Awak Lisa. Ada apa awak telefon saya?”. Soalku kepada Lisa.
“Doktor di minta datang ke hospital sekarang”. Balas Lisa.
“Sekarang! Ada hal kecemasan ke?”. Soalku kembali.
”Begini doktor. Mesyuarat Pengarah-Pengarah Jabatan dengan Ketua Pengarah Hospital yang sepatutnya diadakan pada jam 2.00 petang nanti telah diawalkan pada jam 8.00 pagi atas arahan Ketua Pengarah. Jadi doktor perlu hadir ke mesyuarat tersebut”. Terang Lisa.
“Baiklah Lisa. Dalam masa setengah jam lagi saya sampai. Awak sediakan segala dokumen saya. Sampai nanti saya ambil dari awak”. Balasku.
“Baiklah doktor. Saya akan siapkan semuanya”. Balas Liza.
-----bersambung-----
(Maaf jika terdapat kesalahan ejaan dan sebagainya.. Cerpen ini telah berusia hampir 9 tahun)
Agama itu suatu kehidupan yang bertitik tolak dari keturunan. Islam adalah cara kehidupan bagi membimbing manusia kepada dan hari kemudian.
Telah aku tinggalkan kepada kamu semua, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang dengannya, kitab ALLAH dan sunnahku. (H.Muslim).
“Beruntunglah muslim yang dijadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsunya sebagai tawanan, rugilah muslin yang dijadikan nafsu sebagai peminpin dan akalnya sebagai tawanan.”
Kejayaan sesuatu perniagaan dan urusan itu adalah kerana doa dan rezeki yang di tetapkan ALLAH kepada hambanya dan 90% kekayaan di dunia ini datangnya dari perniagaan.
Insan yang bijak adalah yang sering mengingati mati, susunan hidup teratur, silaturrahim di jaga dan amanah terlaksana, tidak lalai dengan keindahan dunia yang sementara.
Al-Quran itu adalah panduan hidup. Andai kita menghadapi kemusyilan, rujuklah kepadanya dengan penuh harap walau hanya merenung huruf-hurufnya sahaja.
Moga hidupmu bersinar dengan keimanan. Matamu bersinar dengan ketaqwaan, amalmu menggunung dengan keikhlasan, hatimu terhibur dengan kalimah Tuhan, dan akhlakmu indah bagaikan Quran.
Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tapi segala-galanya memerlukan wang. Hiduplah atas Qada dan Qadar ALLAH dengan penuh kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tertipu.
Maniskan wajahmu dengan renjisan wuduk yang sempurna, gagahkan langkahmu dengan kekuatan solat, serikan rupamu dengan ketaqwaan dan romantiskan hatimu dengan bisikan kerinduan pada Illahi.
Sebaik-baik iman adalah amal, sebaik-baik amal adalah insan, sebaik-baik insan yang pemurah, semurah-murah sedekah adalah senyuman, sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa.
(Sumber : ChannelC)
Sebaik-baik hari adalah hari yang memberikan tambahan kesabaran kepada kita, yang memberikan ilmu kepada kita, yang mencegah agar tidak semakin tenggelam dalam dosa, yang membukakan pemahaman dan yang memberikan tekad kuat dalam diri kita.
Kurnian Tuhan yang di nikmati terbahagi kepada tiga iaitu kepuasan nafsu, keindahan amal, dan ketenangan kehidupan, maka perlu bijaksana di dalam menerima anugerahNya.
Berjalan kepada Allah ada empat jenis iaitu fakir pada perjalanan syariat, zikir pada perjalanan tariqat, sabar pada perjalanan hakikat dan syukur pada perjalanan makrifat.
Hidup perlukan perjuangan, tanpa perjuangan tiada pengorbanan, tanpa pengorbanan tiada kecintaan, tanpa kecintaan musnah segala kehidupan.
Sesungguhnya perjalanan rukun iman itu bermula dari bawah iaitu hidup atas Qada dan Qadar diikuti dengan kiamat, kitab, Rasul, Malaikat, dan akhirnya bertemu ALLAH.
Tiada guna harta benda, pangkat, dan darjat andai jiwa, hati, dan perasaan sering dirundung resah dan duka. Itulah dalil kerana iman kita masih kurang dan miskin amal.
Dalam sejarah 25 para Rasul, tersembunyi kisah kehidupan manusia. Barang siapa yang membaca kisah itu nescaya fahamlah akan dia apa yang dikatakan penyakit ummat.
Jauh berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman. Perjalanan yang baik adalah perjalanan mengenal ALLAH kerana pandangan dan pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan.
Hukum ALLAH itu banyak hikmahnya. Hanya yang beriman sahaja sanggup melaksanakan. Hokum yang dilaksanakan tanpa kefahaman iman, adalah satu penganiayaan.
Iman dan amal adalah bersifat sendiri dan tidak boleh dijual beli mahupun diwariskan kepada anak cucu. Yang boleh diwariskan hanyalah ilmu dan perjalanan iman itu.
(Sumber : ChannelC)
Ayam mematuk anaknya
Seseorang yang marah ketika memberi nasihat kepada anak-anak bertujuan mengajar bukannya bentuk.
Ayam ditambat disabar helang
Lelaki yang malang kerana tunangnya atau isterinya telah dirampas oleh orang lain yang lebih berkuasa.
Ayam bertelur di buntut awak bertelur di dahi
Amaran kepada seseorang yang akan bertindak sesuatu.
Ayam baru hendak berkokok
Seseorang pemuda yang baru hendak mencuba atau mendekati perempuan.
Aur dengan tebing
Seseorang atau masyarakat yanag suka mengamalkan sikap tolong menolong.
Asam di darat, garam di lautan dalam belangga bertemu juga
Seseorang lelaki dan perempuan itu jika sudah ada jodoh akhirnya mereka akan bertemu dan berkahwin.
Api dalam sekam, api makan kapas
Kejahatan yang dilakukan dalam diam-diam.
Apa gunanya merak mengigal di hutan
Orang yang suka menunjuk lagak (pandai dan sebagainya) tetapi tidak kena pada tempatnya.
Anjing tersepit di pagar
Keadaan serba salah yang terjadi kepada seseorang yang sedang dalam kesusahan.
Antan patah lesung hilang
Mendapat pelbagai kecelakaan (Kesusahan).
Anjing yang biasa makan tahi kalau tidak makan cium ada juga
Orang yang biasa membuatkan kerja jahat jika tidak buat pun teringat-ingat juga hendak melakukannya.
Anjing mengalak bukit tidak akan runtuh
Orang yang berpangkat rendah mencela orang yang berpangkat tinggi, tidak akan mendatangkan apa-apa kesan.
Anjing menggonggong bangkai
Orang lelaki yang suka membawa perempuan jahat.
Anjing kepala busuk
Orang yang benci atau orang yang tidak disukai oleh masyarakat.
Anjing galak babi berani
Dua belah pihak berbalah masing-masing mahu menunjukkan kebenaran dan sama-sama tidak mahu beralah dan sama-sama garang.
Anjing ditepuk kepala menjungkit ekornya
Seseorang yang tidak berilmu dan tidak berbudi bila dipuji atau dihormati dia mudah menjadi sombong dan bongkak.
Anjing dengan kucing
Orang yang selalu bergaduh atau bertengkar di antara satu sama lain.
Anjing menggonggong tulang
Orang yang tamak tidak cukup dengan apa yang dimilikinya.
Anjing bercawat ekor
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, padahal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
Anak sendiri disayangi, anak tiri dibengkeng
Seseorang yang berbuat baik bagaimana sekalipun, kepentingan diri juga diutamakan.
Anak harimau diajar makan daging
Seseorang yang diketahui jahat diajar pula untuk melakukan kejahatan.
Anak diriba diletakkan, kera di hutan disusui
Seseorang itu lebih rela membuat kerja orang lain dahulu daripada pekerjaan sendiri.
Anak dara sudah berlaki
Seseorang perempuan yang belum berkahwin tetapi perangainya lebih dari seorang suri rumah tangga.
Anak dara mabuk andam
Seorang yang lemah dan lesu tetapi tidak berpenyakit.
Anak badak dihambat-hambat
Seseorang yang suka mencari bahaya.
Anak ayam kehilangan ibu
Berpecah-pecah kerana kehilangan tempat bergantung.
Alang-alang menyelk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Membuat sesuatu kerja, biarlah selesai dan sempurna.
Alah membeli menang memakai
Membeli sesuatu barang dengan harga yang mahal tetapi barang itu tidak tahan lama kerana ia diperbuat daripada bahan yang baik.
Alah bias tegal biasa
Sesuatu pekerjaan yang susah sekalipun akan menjadi senang kalau ia perlu dilakukan.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Air yang penuh di dulang itu tidak akan berkocak
Orang yang banyak ilmu pengetahuan tidak suka bercakap besar atau membanggakan diri.
Ayam terlepas, tangan berbau tahi
Orang yang hendak melakukan sesuatu kejahatan tetapi tidak berjaya dan dia dia akan mendapat malu.
Air sama air sampah ke tepi juga
Campur tangan berhubung dengan perkelahian keluarga, apabila mereka berbaik semula kita pula yang akan tersisih dan menjadi mangsa.
Air ditetak tidak akan putus
Adik-beradik yang bergaduh atau berselisih faham tidak dapat diputuskan, walau bagaimanapun mereka berbaik semula.
Ada udang di sebalik batu
Di sebalik kebaikan yang dilakukan ada hajat yang tersembunyi di hati.
Ada ubi ada batas
Barang sesiapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya.
Ada tangga hendak memanjat tiang
Orang yang suka membuat kerja-kerja jahat atau yang ditegah oleh agama dan adapt.
Ada padi semua kerja menjadi, ada beras semua kerja deras
Kalau seseorang yang cukup harta atau wang dan mempunyai tubuh badan yang sihat dapat melakukan semua pekerjaan dengah sempurna.
Ada kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar tak akan berbau
Tidak ada guna mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain.
Ada gula ada semut
Di mana ada tempat yang mudah atau senang mendapat keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul.
(Sumber : Kamus Peribahasa)
23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah
Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.
Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia. Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain mem**** buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...!
Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak termakan diri!
(Sumber : Kajian Pakar)
