Sebak di dadaku mulai hilang sedikit demi sedikt. Aku perlu tabah menerima hakikat ini. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku reda dengan ketentuan Ilahi. Aku terkejut disapa oleh abang Mie.
”Hah! Termenung jauh nampaknya?”. Sapa abang Mie.
”Ohh.. abang Mie rupakan. Terkejut saya. Ingatkan siapa tadi”. Balasku.
”Sabarlah Zahrul. Tabahkan hati dan kuatkan semangat. Abang tahu kamu sedih. Abang juga sedih. Tapi kamu harus ingat Zahrul, yang telah pergi tidak akan kembali lagi. Kita yang masih hidup ini harus teruskan sisa-sisa baki kehidupan yang ada”. Jelas abang Mie.
”Saya tahu abang Mie. Tapi, selepas windu saya tunggukan saat ini untuk bertemu dengan Cikgu Aina. Nasib masih belum menyebelahi saya. Saya tidak sempat nak berjumpa dengan Cikgu Aina”. Jawabku.
”Abang tahu, kamu dan emak abang sangat rapat. Bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan aur dengan tebing. Tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Sebelum abang terlupa, kamu ambil surat ini. Emak abang tahu yang kamu akan datang mencari dia. Jadi emak abang tinggalkan surat ini untuk kamu. Mungkin surat ini dapat mengubat sedikit sebanyak kerinduan kamu terhadap emak abang”. Balas abang Mie.
”Terima kasih abang Mie”. Jawabku.
”Sama-sama Zahrul”. Balas abang Mie.
”Abang Mie, saya rasa saya minta diri dulu. Saya sebenarnya ada urusan lain pulak lepas ini. Lain kali saya datang lagi. Sampaikan salam saya pada keluarga abang yang lain. Saya pergi dulu. Assalam’ulaikum..”. Balasku kembali.
”Baiklah Zahrul. Abang ucapkan semoga kamu berjaya. Wa’alaiukumsalam”. Jawab abang Mie.
Aku terus pergi membawa diri yang lara. Kesedihan masih terasa. Setelah beredar dari rumah Cikgu Aina sebak di dadaku mulai menjelma kembali. ”Cikgu!”. Aku menjerit sekuat hati. Aku terus menjerit dan menangis. Aku sudah tidak memperdulikan orang yang berada di sekelilingku. ”Apa aku peduli”. Bisik hatiku. Itulah ungkapan yang inginku katakan. Sekian lama aku menjerit dan menangis akhirnya aku berasa lega. Aku kembali tenang semula. Aku sudah mula dapat menerima hakikat pemergian Cikgu Aina dengan reda. Aku berdoa agar rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
Kembalinya aku di rumah, aku terus membuka surat pemberian Cikgu Aina lalu ku baca isi kandungan isu tersebut.
Assalam’ualaikum Zahrul...
Saya harap kamu berada dalam keadaan sihat. Maafkan saya Zahrul. Dulu saya pergi tanpa memberitahu kepada kamu. Saya tahu kamu sangat nestapa dengan pemergian saya dahulu. Saya tidak sempat hendak memaklumkan kepada kamu yang saya ditukarkan untuk mengajar di Kuala Lumpur. Saya harap kamu mengerti dan tidak marah pada saya kerana pergi tanpa bertemu kamu. Disini saya ucapkan tahniah kepada kamu. Rasanya kini kamu telah berjaya dalam pelajaran dan kehidupan kamu.
Kamu sekarang mungkin telah bergelar seorang doktor. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kamu. Saya tidak berkesempatan untuk melihat kejayaan kamu tapi doa saya sentiasa bersama kamu. Mungkin tika kamu membaca warkah ini, saya telah pergi meninggalkan dunia ini. Saya ingin memohon maaf kepada kamu andai kata sepanjang saya mengenali kamu saya ada membuat kesalahan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Maafkan saya Zahrul. Ilmu yang saya berikan kepada kamu dahulu telah saya halalkan dan saya doakan kejayaan kamu. Teruskanlah usahamu dan jangan sesekali kamu mengalah dalam berjuang. Saya pasti suatu hari nanti anak didik saya ini akan berjaya dan membuatkan keluarga kamu bangga terhadap kamu.
Zahrul, ingatlah pesan saya ini. Usaha itu tangga kejayaan. Jadi kamu perlu berusaha bersunguh-sungguh demi mencapai kejayaan tersebut. Jangan mudah mengalah kerana saya tahu anak didik saya bukanlah seorang yang pantang menyerah kalah. Tuntutlah ilmu itu sehingga ke negara China. Tuntutlah ilmu itu dari buayan sehingga ke liang lahat. Ilmu itu amat penting pada masa sekarang dan lebih lagi pada masa akan datang. Ilmu itu adalah pelita hidup, tanpa ilmu kamu akan berada dalam kegelapan. Ingatlah Zahrul, ilmu itu tidak akan datang bergolek. Kamu sendiri harus mencarinya. Banyakkanlah berdoa, berzikir dan bertawakal kepadaNya. Kamu jangan sesekali meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama. Jadilah seorang Islam yang terbaik. Insya’Allah kamu akan berjaya di dunia dan akhirat.
Zahrul, ingatlah kata-kata saya ini. Kamu jadilah insan yang berilmu dan beramal. Jadilah insan yang jujur, berani, bertimbang rasa, beradab, ringan tulang, rajin, bertaqwa dan yang lebih penting jadilah insan yang sebaiknya. Hanya kamu yang mampu menentukan apa yang ingin kamu jadi. Gantunglah cita-cita kamu setinggi gunung dan kerjalah impian kamu itu. Capailah matlamat hidup kamu Zahrul. Saya yakin kamu mampu lakukan semua itu. Kamu harus yakin pada diri kamu dan jangan sesekali kamu putus asa. Kegagalan bukan bererti noktah terakhir. Berlajarlah daripada kegagalan dan kamu akan temui kejayaan tersebut.
Zahrul, ilmu adalah eset yang paling bernilai. Jagalah eset itu sebaiknya dan gunakan eset yang ada pada kamu untuk membantu masyarakat. Jangan sesekali kamu takbur dengan eset yang ada pada kamu itu. Zahrul, saya bangga dengan kamu dan kamu jangan hampakan saya. Tika kamu membaca warkah ini saya telah tiada lagi di dunia ini. Saya hanya menunggu masa untuk pergi. Saya menghidap penyakit barah otak tahap kritikal. Tiada ubat untuk penyakit saya ini dan tiada siapa pun yang tahu akan penyakit saya ini walaupun keluarga saya sendiri.
Zahrul, saya ucapkan semoga kamu berjaya. Saya tidak tahu nak berikan kamu apa tapi saya harap agar pemberian saya ini dapat mengubati kerinduan kamu terhadap saya. Terimalah sekeping gambar saya ini dan kamu simpanlah gambar ini baik-baik. Kamu jadilah manusia yang baik. Ingat pesanan saya baik-baik. Semoga kamu bertemu jodoh yang solehah.
Yang benar,
Cikgu Aina
21 Julai 1987
----bersambung----
Setelah mereka selesai memukul aku, mereka bergerak meninggalkan aku keseorangan terlantar kesakitan. Aku cuba untuk bangun tetapi kudratku tidak berdaya lalu membuatkan aku rebah semula ke tanah. Aku terus berusaha untuk bangun dan akhirnya dengan menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada maka dapatlah aku bangun. Lalu aku berjalan mendapatkan bantuan. Dalam keadaan kesakitan dan tidak bermaya, langkahku atur dengan perlahan. Aku melangkah dan terus melangkah. Setiap tapak ku rasakan keperitan yang teramat sangat. Bilaku membukakan mata, ku telah berada di hospital. Aku tidak sedarkan diri hampir 6 jam. Aku dimaklumkan bahawa aku dijumpai pengsan di tepi jalan. Cikgu Aina yang menjumpaiku dan membawaku ke hospital.
”Apa yang telah aku lakukan ini”. Bisik hati naluriku.
Telah banyak aku sakiti hati Cikgu Aina tetapi cikgu tetap berbuat baik terhadap aku. Aku menyesal atas segala perbuatan dan kelakuan aku selama ini terhadap Cikgu Aina. Timbul persoalan dimindaku mengapa Cikgu Aina begitu baik terhadapku. Sanggup membantu diriku yang sebelum ini telah acap kali melakukan dosa terhadap dirinya. Ini semua tidak mungkin”. Hatiku berbicara.
Aku telah melakukan satu ralat yang cukup besar. Ralat yang tidak dapat aku terima mahupun maafkan. Semua itu adalah atas kelalaian aku dan keegoaan diriku. Aku benar-benar mengesal atas semua yang aku lakukan sebelum ini. Masihkah ada ruang untuk aku diterima semula. Itulah persoalan yang bermain dalam kotak fikiranku. Aku beraksam, aku akan berubah. Aku tidak mahu lagi melakukan sebarang ralat lagi. Cukuplah dengan apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku ingin berubah dan memilih jalan yang benar. Itu iktizamku dan itulah cabaran yang harusku tempuh.
Malam itu, Cikgu Aina datang menziarahiku. Aku begitu terharu dengan kehadiran Cikgu Aina sehinggakan aku menitiskan air mata tanpaku sedari.
”Assalam’ualaikum Zahrul”. Cikgu Aina memberi salam kepadaku.
”Wa’alaikumsalam cikgu”. Jawabku.
”Zahrul, bagaimana dengan keadaan kamu sekarang? Dah beransur sihat?”. Soal Cikgu Aina.
“Alhamdulillah cikgu. Saya rasa semakin sihat cuma badan masih terasa kesakitan”. Balasku.
“Zahrul, macam mana boleh jadi begini? Saya rasa baik kamu beritahu saya perkara yang berlaku sebenarnya. Mana tahu saya boleh membantu kamu”. Soal Cikgu Aina.
“Terlebih dulu saya nak mohon maaf kepada cikgu. Semua ini terjadi sebab saya tidak dengar nasihat cikgu. Ini mungkin balasan kepada saya atas segala perbuatan saya selama ini. Saya betul-betul menyesal cikgu”. Jelasku.
“Sudahlah Zahrul, apa yang berlaku telah berlaku. Ambil yang jernih dan buangkan yang keruh. Kamu jadikan semua ini satu pengajaran kepada kamu. Lain kali kamu kena lebih beringat dan berhati-hati”. Balas Cikgu Aina.
”Terima kasih cikgu. Saya akan ingat pesanan cikgu itu”. Jawabku.
”Baiklah Zahrul, saya rasa elok kamu ceritakan kepada saya perkara yang menimpa kamu itu”. Soal Cikgu Aina kembali.
”Saya akan ceritakan kepada cikgu. Sebenarnya begini.............................. Itulah cerita yang sebenarnya cikgu”. Jelasku.
”Begitu ceritanya. Zahrul, saya berasa bangga dengan kamu. Kamu masih tahu membezakan perkara baik dengan buruk”. Balas Cikgu Aina.
“Terima kasih cikgu. Jadi, sekarang cikgu rasa apa yang sepatutnya saya lakukan?”. Soalku kembali lepada Cikgu Aina.
“Saya rasa perkara tersebut perlu dilapokan lepada pihak polis dengan segera. Kamu jangan bimbang. Saya akan membuat laporan tersebut bagi pihak kamu. Kamu rehatlah dulu. Saya minta diri dulu. Esok saya datang semula bersama-sama orang tua kamu”. Jelas Cikgu Aina.
”Baiklah cikgu. Terima kasih banyak-banyak cikgu”. Balasku.
”Sama-sama”. Jawab Cikgu Aina lalu bergerak keluar dari wad sakit.
-----bersambung-----
Selepas peristiwa itu, aku tidak lagi bertemu dengan Cikgu Aina. Kata-kata Cikgu Aina tempoh hari benar membuatkan aku berasa marah. ”Cikgu Aina ingat aku masih budak kecil. Aku sudah besar dan sudah remaja”. Luahan hatiku. Sejak peristiwa tersebut, aku tidak lagi berbicara sepatah kata dengan Cikgu Aina. Aku buat endah tak endah dengan Cikgu Aina. Aku tahu perbuatan aku tersebut adalah salah tetapi hatiku berasa puas dan gembira. Walaupun aku berkelakuan tidak mengendahkan Cikgu Aina tetapi tidak sedikit pun membuatkan Cikgu Aina mengalah dalam menasihatkanku. Aku tetap bergaul dengan saki-sakiku. Walaupun telah sering kali aku dan saki-sakiku di tahan oleh pihak sekolah tetapi semua itu tidak sesekali membuatkan kami serik melakukan perbuatan yang sama.
Pada satu hari, aku dan saki-sakiku telah dipanggil oleh Malek kerana ingin membincangkan sesuatu pekara penting. Seperti dijanji, kami berkumpul di belakang pondok usang di hujung kampung pada jam 5.00 petang.
“Malek, ada hal apa yang engkau nak bincangkan dengan kami semua?” Tanyaku.
“A’ah la. Betul apa yang Zahrul katakan. Apa hal sebenarnya Malek?”. Soal Isa.
“Sabarlah. Aku memang ada hal penting yang mahu diberitahu kepada kamu semua.” Jawab Malek.
“Hal penting apanya? Beritahulah kami”. Soalku.
“Baiklah. Dengar sini baik-baik. Aku ada satu projek baik untuk kita semua”. Jawab Malek.
”Projek apanya Malek?” Jawabku.
”Projeknya begini.....................”. Terang Malek kepada semua saki-sakinya.
”Engkau dah gila ke Malek?”. Tanyaku dalam nada terkejut.
”Gila apanya pulak?”. Balas Malek.
”Kerja ni bahaya la Malek. Aku tak sanggup la. Nanti kalau kena tangkap polis macam mana?. Aku tak mahu masuk lokap”. Soalku kembali. ”Apahal pulak dengan engkau ni Zahrul? Perkara kecil macam ni pun engkau dah takut. Mana perginya semangat jantan kau?. Kau simpan dekat rumah ke?”. Jawap Malek kembali.
”Apa yang kau kata tadi Malek! Aku tak mahu terlibat dengan projek korang. Aku tak berani dan aku rasa ini semua kerja gila”. Balasku.
”Apa yang berlaku, kau kena turut serta dengan kami semua. Kau dah tahu rancangan aku. Kau tak boleh nak mengelak”. Tegas Malek.
”Aku kata aku tak nak terlibat dengan projek gila korang. Apa nak jadi, jadilah. Aku tetap dengan pendirian aku. Aku tak nak masuk campur dengan projek korang”. Jelasku dengan nada yang agak keras.
”Apa kau kata tadi Zahrul? Kau jangan nak main-main. Aku cukup pantang ada orang yang membelot dengan aku”. Jelas Malek.
“Betul kata Malek tu. Kau dah tahu rancangan kami jadi kau tak boleh nak lepas tangan begitu sahaja”. Syafiq pula berkata.
“Kau orang semua jangan nak mengugut aku. Aku tak takut dengan ugutan korang semua. Apa yang aku tahu, aku tak nak terlibat faham!”. Tegasku.
”Zahrul, kau memang cari nahas. Kawan-kawan, apa tunggu lagi. Ajar mamat sekor ni cukup-cukup!”. Balas Malek dengan suara yang tinggi.
X X X X X X X X
“Ingat Zahrul. Ini baru sikit. Jangan kau cuba pecahkan rahsia kami. Kalau tidak nahas kau. Tahulah apa yang kami akan lakukan nanti. Faham! Ingat baik-baik”. Malek berkata dengan angkuhnya.
----bersambung----
Pada suatu ketika yakni beberapa bulan setelah aku mengenali Cikgu Aina, aku telah didatangi oleh seorang pelajar. Malek namanya. Dia merupakan senior di sekolahku. Kedatangan Malek membuatkan aku merasakan bagai ada sinar cahaya bakal menjelma dalam hidupku. Malek menyatakan bahawa dia dan beberapa orang sahabatnya ingin bersaki denganku. Hal tersebut membuatkan aku terkesima sementara. Bagaikan tidak percaya akan kata-kata Malek pada waktu itu. ”Ada juga pelajar di sekolah ini yang mahu bersaki denganku”. Hatiku berkata. Maka bermula detik itu, aku telah bersaki dengan Malek dan sahabat-sahabatnya yang lain. Daud, Isa, Ghani, Syafiq dan Malek merupakan saki-sakiku sekarang.
Setelah bersaki dengan Malek dan kawan-kawan, perangai dan tingkahlaku aku kian berubah. Aku sudah mula berkelakuan durjana dan sering melakukan ralat. Ralat apa yang tidak pernah aku lakukan masa sekolah dahulu. Merokok, berjudi, ponteng kelas, ponteng sekolah, bergaduh, mengusik pelajar perempuan, memeras ugut dan macam-macam lagi ralat yang aku lakukan. Walaupun semua itu salah tetapi bagi aku, melakukan ralat tersebut memberikan aku kepuasaan yang tidak terhingga. Kepuasan yang tidak tergambar diminda. Itulah aku.
Perubahan sikap dan tingkahlaku aku telah dihidu oleh Cikgu Aina. Apabila mengetahui perubahan yang berlaku pada diriku, Cikgu Aina datang menemuiku.
”Zahrul, kenapa dengan kamu sekarang ini? Saya dengar kamu bergaul dengan Malek dengan kawan-kawannya. Bukan itu saja, saya lihat sikap kamu juga turut berubah. Kamu bukan seperti Zahrul yang saya kenal pertama kali dahulu”. Soal Cikgu Aina.
”Berubah! Saya yang berubah? Saya tetap seperti dulu juga cikgu. Mungkin cikgu salah dengar dan lihat”. Balasku mudah.
“Saya salah dengar dan lihat? Tidak mungkin Zahrul. Sekarang saya lihat kamu tidak lagi bercakap sadik. Lebih baik kamu beritahu kepada saya kenapa kamu boleh berubah menjadi begini Zahrul?. Kalau kamu ada masalah, kamu boleh ceritakan kepada saya. Mana tahu saya boleh bantu menyelesaikan masalah kamu itu”. Soal Cikgu Aina kepadaku.
“Saya bercakap sadik? Cikgu jangan menuduh saya yang bukan-bukan. Saya tahulah apa yang saya lakukan”. Balasku dengan nada yang akan keras.
“Zahrul, saya tahu sekarang kamu bergaul dengan Malek dan kawan-kawannya. Bukan kamu tidak tahu yang mereka itu pelajar yang berkelakuan durjana. Tidak bagus kamu bergaul dengan mereka. Nanti mendatangkan masalah kepada kamu”. Terang Cikgu Aina dalam nada yang lembut.
“Cikgu jangan sesekali menuduh saki saya durjana. Saki saya mana ada yang durjana. Cikgu jangan buat saya marah!”. Jawabku dengan suara yang kuat.
”Zahrul, saya cuma mahu menasihatkan kamu sahaja. Saya tidak mahu kamu terjebak dengan mereka. Nanti kamu juga yang akan menyesal tidak sudah”. Nasihat Cikgu Aina kepadaku.
”Cikgu tidak perlu menasihati saya mahupun ambil tahu soal saya. Saya jaga diri saya, cikgu jaga diri cikgu!. Jangan nak masuk campur urusan orang lain”.
”Saya bukan nak masuk campur hal kamu tapi jika saya lihat kamu melakukan sesuatu yang pada pengamatan saya merupakan satu kesalahan, saya perlu tegur dan nasihatkan kamu. Saya tidak mahu kamu terjebak lebih jauh lagi”. Dengan nada lembut Cikgu Aina menjawab.
”Sudahlah cikgu. Saya pergi dulu. Saya ingatkan agar cikgu jangan sesekali masuk campur hal saya. Apa yang saya lakukan adalah hak saya, bukan hak cikgu!”. Balasku dengan nada yang kasar dan tinggi.
------bersambung------
Itulah aku. Aku sentiasa sibuk dengan kerjayaku. Masa yang ada harusku peruntukan dengan sebaiknya. Bagiku panggilan mesyuarat tergempar, mesyuarat di awalkan, mesyuarat ditunda mahupun panggilan kecemasan adalah perkara biasa. Aku sudah lali dengan semua itu. Ini pekerjaanku jadi walau apapun yang berlaku, aku harus terima. Walaupun sibuk dengan kerja tetapi aku tidak pernah mengeluh mahupun berasa tertekan. Ini adalah pilihku dan aku harus hadapinya. Kesibukan membuatkan aku dapat melupakan perasaan sedihku.
Setelah selesai bersiap ku capai kunci kereta lalu ku pandu menuju ke tempat kerjaku. Dalam perjalanan ku lihat jam di tanganku. “Baru jam 7.35 pagi. Sempatlah aku sampai sebelum jam 8.00 pagi”. Suara hatiku berkata. Tanpaku duga, fikiranku mula mengenang kembali Cikgu Nur Aisyah Aina. Aku rasakan fikiranku kini telah sepenuh melayang mengingati hikayat dahulu. Hikayat yang cukup memberi seribu makna dalam hidupku. Mengingati kembali kenanganku di zaman persekolahan. Zaman di mana aku mengenali Cikgu Nur Aisyah Aina. Zaman yang ku rasakan telah menyedarkanku. Menyedarkanku daripada lamunan. Lamunan yang mampu menghancurkan diriku malahan menjejaskan masa depanku. Jika lamunan itu tidak dihentikan, aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada diriku sekarang. Terima kasih aku ucapkan kepada Cikgu Nur Aisyah Aina kerana menyedarkan aku daripada terus terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Akhirnya, aku sedar akan kesilapanku. Pada waktu itulah aku mengenali diriku yang sebenarnya.
Dahulu aku bukanlah hukama. Aku seorang pelajar yang ahmak. Aku hanya anak seorang nelayan. Anak sulung daripada lapan orang adik-beradik. Kehidupan keluargaku susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaupun keluargaku susah tetapi tidak sedikit pun aku rasakan kesusahan itu mampu menghalangku untuk terus belajar. Aku mempunyai cita-cita yang cukup besar. Cita-cita yang harus ku kejar ajar aku dapat mengubah nasib keluargaku. Selama ini aku dan keluarga dapat meneruskan kehidupan adalah atas bantuan ehsan jiran-jiran. Tahun 1980 merupakan tahun yang bersejarah bagiku. Tahun itulah aku memasuki alam sekolah menengah. Kegembiraan yang tidak terhingga tergambar di raut wajahku. Aku bersyukur kerana aku berpeluang menyambung pelajaranku. Seterusnya mencapai cita-cita dan impianku.
Pada hari pertama di sekolah menengah, aku tidak mempunyai saki. ”Siapalah yang mahu berkawan denganku. Aku hanya anak nelayan. Miskin pula tu.” Hatiku bermadah penuh makna mengenangkan nasibku di hari pertama. Aku hadir ke sekolah tanpa membawa wang saku kerana aku tahu keluargaku tidak mampu menyediakan wang pembelanjaan persekolahanku. Aku reda dengan keadaan tersebut. Bagiku, aku akan tetap sabar menghadapi segala dugaan ini. Aku yakin akan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Setelah lebih kurang sebulan menempuh alam persekolahan, aku masih tidak mempunyai saki walaupun seorang. Walaupun kelihatan amat nestapa tetapi aku tetap tabah dan menerima semua itu dengan perasaan yang tenang dan tabah. Sekian lama menanti, akhirnya muncullah Cikgu Nur Aisyah Aina dalam kehidupanku. Cikgu Nur Aisyah Aina ku panggil Cikgu Aina telah sudi menjadi sakiku dan mengambil berat terhadap diriku. Aku berasa terharu dan timbul tanda tanya dalam hatiku. ”Mengapa Cikgu Aina baik sangat denganku? Mengapa Cikgu Aina mengambil berat ke atas diriku?”. Persoalan tersebut terus bermain dalam ruang mindaku.
------bersambung------
Aku duduk seketika di bangku. Ku capai album lama yang terletak di atas meja lalu ku lihat satu persatu gambar yang terkandung dalam album tersebut. Ku tatap setiap gambar tersebut dengan penuh penghayatan. Tanpaku sedari air mata mengalir perlahan membasahi pipiku. Lantas, ku capai tuala kecil yang terdapat di tingkap, lalu ku kesatkan linangan air mata yang mengalir. Ku kembali menatap setiap kepingan gambar yang terdapat dalam album tersebut dan tiba-tiba mataku terpaku tepat pada sekeping gambar. Sekeping gambar yang membuatkan ku kembali terkenang kisah silam. Tanpa ku duga bibirku menyebut nama seseorang. Cikgu Nur Aisyah Aina! Dialah guruku dan kerana dialah aku mampu berjaya sekarang. Tapi apakan dayaku. Dia sudah tiada lagi. Dia pergi meninggalkan ku buat selama-lamanya.
Ku ambil potret tersebut lalu ku tatap sepuasnya. Sekali lagi tanpa ku sedari air mataku kembali menitis. Menitis dan terus menitis sehingga tidak mampu untuk aku sekat pengalirannya. Perasaan sebak dan sayang kembali menjelma dalam fikiran ku. Tuala kecil yang gunakan untuk mengesatkan air mata sebentar tadi aku ambil semula dan aku kesatkan pada mataku. Aku tidak mampu menahan sebak di dada. Insan yang amat bermakna dalam hidupku dan seorang cikgu yang aku sayangi sudah tiada. ”Cikgu, kenapa cikgu pergi meninggalkan saya. Cikgu pergi tanpa melihat kejayaan saya.” Itulah ungkapan yang terkeluar dari mulutku. Bagiku semua itu tidak ada maknanya. Cikgu yang kukasihi sudah tiada. Walau sekuat mana rintihan ku, cikgu tidak akan dapat mendengarnya. Hatiku bagaikan dihempap oleh sesuatu yang berat. Terasa sakit yang amat sangat.
Kisah silam mula menerjah ruang mindaku seakan-akan mengarahkanku untuk kembali mengenang kisah hidupku. Kisah pahit manis hidupku bersama insan yang bernama Cikgu Nur Aisyah Aina. Tiba-tiba, khayalan ku terhenti seketika. Fikiranku kembali ke alam nyata. Aku tersenyum seorang diri mengenangkan kenangan silamku yang tidak untukku imbas kembali kisahnya. Pantas aku bangun dan berjalan menuju ke kamar mandi. Ku lakukan rutin harianku seperti biasa. Sama seperti semalam dan hari-hari yang lalu. Selesai melakukan rutin di kamar mandi, aku bergerak menuju ke kamar peraduanku.
Tatkala tiba di kamar, aku lihat jam di dinding. Ku tersenyum. “Emm.. Baru jam 7.15 pagi. Masih awal lagi”. Ku capai pakaian yang telah siap sedia di dalam almari lalu ku sarungkan ditubuhku. Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Lantas aku bergegas mendapatkan telefon bimbitku dan menjawab panggilan tersebut.
“Hello. Assalama’ualaikum.. Siapa di sana?”. Soalku.
“Wa’alaikumsalam.. Doktor, saya Lisa”. Jawab Lisa.
“Owh! Awak Lisa. Ada apa awak telefon saya?”. Soalku kepada Lisa.
“Doktor di minta datang ke hospital sekarang”. Balas Lisa.
“Sekarang! Ada hal kecemasan ke?”. Soalku kembali.
”Begini doktor. Mesyuarat Pengarah-Pengarah Jabatan dengan Ketua Pengarah Hospital yang sepatutnya diadakan pada jam 2.00 petang nanti telah diawalkan pada jam 8.00 pagi atas arahan Ketua Pengarah. Jadi doktor perlu hadir ke mesyuarat tersebut”. Terang Lisa.
“Baiklah Lisa. Dalam masa setengah jam lagi saya sampai. Awak sediakan segala dokumen saya. Sampai nanti saya ambil dari awak”. Balasku.
“Baiklah doktor. Saya akan siapkan semuanya”. Balas Liza.
-----bersambung-----
(Maaf jika terdapat kesalahan ejaan dan sebagainya.. Cerpen ini telah berusia hampir 9 tahun)
