Selepas peristiwa itu, aku tidak lagi bertemu dengan Cikgu Aina. Kata-kata Cikgu Aina tempoh hari benar membuatkan aku berasa marah. ”Cikgu Aina ingat aku masih budak kecil. Aku sudah besar dan sudah remaja”. Luahan hatiku. Sejak peristiwa tersebut, aku tidak lagi berbicara sepatah kata dengan Cikgu Aina. Aku buat endah tak endah dengan Cikgu Aina. Aku tahu perbuatan aku tersebut adalah salah tetapi hatiku berasa puas dan gembira. Walaupun aku berkelakuan tidak mengendahkan Cikgu Aina tetapi tidak sedikit pun membuatkan Cikgu Aina mengalah dalam menasihatkanku. Aku tetap bergaul dengan saki-sakiku. Walaupun telah sering kali aku dan saki-sakiku di tahan oleh pihak sekolah tetapi semua itu tidak sesekali membuatkan kami serik melakukan perbuatan yang sama.

Pada satu hari, aku dan saki-sakiku telah dipanggil oleh Malek kerana ingin membincangkan sesuatu pekara penting. Seperti dijanji, kami berkumpul di belakang pondok usang di hujung kampung pada jam 5.00 petang.

“Malek, ada hal apa yang engkau nak bincangkan dengan kami semua?” Tanyaku.
“A’ah la. Betul apa yang Zahrul katakan. Apa hal sebenarnya Malek?”. Soal Isa.
“Sabarlah. Aku memang ada hal penting yang mahu diberitahu kepada kamu semua.” Jawab Malek.
“Hal penting apanya? Beritahulah kami”. Soalku.
“Baiklah. Dengar sini baik-baik. Aku ada satu projek baik untuk kita semua”. Jawab Malek.
”Projek apanya Malek?” Jawabku.
”Projeknya begini.....................”. Terang Malek kepada semua saki-sakinya.
”Engkau dah gila ke Malek?”. Tanyaku dalam nada terkejut.
”Gila apanya pulak?”. Balas Malek.
”Kerja ni bahaya la Malek. Aku tak sanggup la. Nanti kalau kena tangkap polis macam mana?. Aku tak mahu masuk lokap”. Soalku kembali. ”Apahal pulak dengan engkau ni Zahrul? Perkara kecil macam ni pun engkau dah takut. Mana perginya semangat jantan kau?. Kau simpan dekat rumah ke?”. Jawap Malek kembali.
”Apa yang kau kata tadi Malek! Aku tak mahu terlibat dengan projek korang. Aku tak berani dan aku rasa ini semua kerja gila”. Balasku.
”Apa yang berlaku, kau kena turut serta dengan kami semua. Kau dah tahu rancangan aku. Kau tak boleh nak mengelak”. Tegas Malek.
”Aku kata aku tak nak terlibat dengan projek gila korang. Apa nak jadi, jadilah. Aku tetap dengan pendirian aku. Aku tak nak masuk campur dengan projek korang”. Jelasku dengan nada yang agak keras.
”Apa kau kata tadi Zahrul? Kau jangan nak main-main. Aku cukup pantang ada orang yang membelot dengan aku”. Jelas Malek.
“Betul kata Malek tu. Kau dah tahu rancangan kami jadi kau tak boleh nak lepas tangan begitu sahaja”. Syafiq pula berkata.
“Kau orang semua jangan nak mengugut aku. Aku tak takut dengan ugutan korang semua. Apa yang aku tahu, aku tak nak terlibat faham!”. Tegasku.
”Zahrul, kau memang cari nahas. Kawan-kawan, apa tunggu lagi. Ajar mamat sekor ni cukup-cukup!”. Balas Malek dengan suara yang tinggi.

X X X X X X X X

“Ingat Zahrul. Ini baru sikit. Jangan kau cuba pecahkan rahsia kami. Kalau tidak nahas kau. Tahulah apa yang kami akan lakukan nanti. Faham! Ingat baik-baik”. Malek berkata dengan angkuhnya.

----bersambung----

0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2010 Worldilusi1505
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger